Apa yang perlu anda ketahui dan fahami sebelum membuat tempahan banner bunting?

Percetakan banner dan bunting secara umumnya sangat sesuai untuk pelbagai aktiviti pemasaran atau hebahan.

Banner dan bunting adalah satu alat pemasaran yang baik bagi menarik perhatian orang ramai yang melalui sesuatu kawasan dimana banner bunting digantung atau didirikan disamping kosnya yang rendah

Banner kebiasaannya mempunyai posisi cetakan melintang manakalan bunting adalah menegak.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum membuat tempahan banner bunting:

SAIZ

Sebelum anda membuat tempahan banner / bunting / backdrop di mana-mana kedai printing, anda perlu ketahui asas tempahan iaitu saiz banner bunting yang anda mahukan.

Saiz standard banner ialah 10 X 4 (Lebar X Tinggi) bersamaan 40 kaki persegi. Walaubagaimapun, anda bebas memilih untuk pelbagai saiz mengikut kesesuaian anda.

Saiz standard bunting (menegak) ialah 2 X 6 ( Lebar X Tinggi) bersamaan 12 kaki persegi. Anda bebas untuk memilih pelbagai saiz mengikut kesesuaian anda.

Saiz kiraan minima ialah 2×3 bersamaan 6 kaki persegi. Jika anda ingin membuat tempahan bunting bersaiz 2×2 (4 kaki persegi) , anda tetap akan dikenakan harga minima bagi 6 kaki persegi.

KUANTITI TEMPAHAN

Kuantiti tempahan akan mempengaruhi saiz keseluruhan (kaki persegi) dan akan memberikan kesan kepada harga seunit banner atau bunting. Sifir mudah bagi banner bunting ialah :

“Semakin besar tempahan kaki persegi, semakin murah harga sekaki persegi”

Tempahan minima adalah satu unit.

JENIS MATERIAL
Dalam industri inkjet printing (banner / bunting / backdrop / foam) , terdapat terlalu banyak jenis material.

Namun secara kebiasaannya, terdapat DUA material yang kerap digunakan…

Pertama adalah Tarpaulin. Kedua adalah Synthetic Paper.

Leave a Reply